Rabu, Januari 16

10 Zulhijjah 19 DISEMBER

Alhamdulillah jam 1230 malam kami telah bergerak ke Mina untuk melontar Jumrah Aqabah.Pagi itu manusia belum lagi berebut-rebut dan alhamdulillah kami masuk ke jumrah dan melontar dengan senag sekali.Kemudian kami bertahlul.Saya seperti biasa jika tidak botak kepala semacam tidak sempurna tahlul..lantar berjalan ketempat cukur dengan harga SAR 15.Alhamdulullah semuanya selesai cuma tinggal tawaf dan Saei.Selesai sahaja bercukur kami terus pulang kerumah ....berihat sekejap,mandi dan pakai pakaian berjahit dan terus ke Kaabah untuk memulakan tawaf.Alhamdulillah kawasan kaabah masih kosong dan kami sempat tawaf dibawah bermula jam 3.30 pagi sudah tawaf dan saei tepat azan azan subuh.Alhamdulillah.Kebiasaannya sembahyang sunat aidiladha diadakan pukul 6.30 pagi tetapi pagi tersebut lewat.tubuh lesu,mata mengantuk jadi tak tahan lagi kami terpaksa balik kerana tubuh hampir tumbang.Sampai dirumah pun belum solah sunat lagi dan kami sedar waktu dah hampir zohor.

Tiada ulasan:

HARAM MAKKAH

HARAM MAKKAH
Ribuan manusian tagih rahman dan rahimNYA

MASA TERUS MENINGGALKAN KITA SEPANTAS KILAT DAN SETAJAM PEDANG

TAQWIM

Arkib Blog

Mengenai Saya

Foto saya
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hidup biarlah sederhana dan berpada-pada