Isnin, Februari 25

LABAN yang tidak pernah lupa dalam memori perjalan hidup

Sampai hari ini laban masih dalam ingatan ku.Masa sekolah menengah dulu ustaz disekolah bagitau susu namanya laban dan dalam benak kami negeri arab banyak kambing mesti labanya istimewa.Masa kami transit dirumah sahabat disuweileh,jordan..kami cuba memberanikan diri untuk ke Mini Market.Tak silap saya namanya Maaruf.Tentunya semua pelajar jordan terutamanya yang tinggal diseweileh kenal.Kami kesana dan nampak dalam kotak hijau putih tertulis laban.kami beli dan sampai rumah tengok pekat dan Masam.Mulalah kami rasa ditipu oleh arab.Jadi kami cuba masak dengan gula.Hasilnya pun masam jadi laban yang dimasak dengan gula tadi dibuang.Selepas itulah kami bertanya abang-abang senior mereka kata itu laban.kalau mahu minum susu namanya halib.Barulah kami tahu perbezaan laban dan halib.seingat saya sehingga hari ini masih ramai lagi guru-guru pakai istilah laban kepada susu.Memang susah untuk aku biasa dengan laban tetapi akhirnya setelah hampir 2 minggu disyria akhirnya suatu petang arab menghantar sedulang sapihah dengan sebaldi laban.Aku cuba labanya rasanya masam tapi sedap...mula hari itu laban mula aku suka.Sehingga sekarang jika makan direstauran arab laban pasti menjadi menu utama ku.Apatah lagi jika aku tiba di Makkah,Madinah dan juga dunia arab.Laban mesti aku teguk saban hari.

Mengenal erti hidup

Biasalah kita semua mempunyai ayah dan ibu.Jarang sekali berpisah dengan mereka.Tetapi demi semangat juang dan membina diri diketika usia 19 tahun saya telah diberi peluang untuk ke Dunia Asia Barat dengan azam dan tekad menimba ilmu.Sebelum pergi jiwa berkobar-kobar tapi bila berjauhan kerinduan dengan negara menjadi satu ingatan dan igauan.Destinasi pertama untuk ku cedok ilmu ialah syria.Tak silap saya 15 ogos 1989.Tarikh akan saya bagi yang tepatnya.Dalam perjalanan itu kami transit diAmman 6 hari kerana menunggu visa dan akhirnya kami selamat masuk ke Sempadan Syria dengan menaiki 3 buah teksi kuning antik.....

TAHNIAH UNTUK KAWAN-KAWAN YANG DICALONKAN

DR MOHD FADZLI DATO HASSAN
CALON TEMANGAN,KELANTAN
(Bekas Pensyarah UIAM)
Riduan Hashim
Calon PAS
1.YBhg. Ustaz Nasaruddin Mat Isa ----Senior Semasa Dijordan
2.YBhg. Ustaz Nasaruddi Hassan Tantawi -----Junior semasa DiSyria 1989. 3.Ybhg. Ustaz Riduan Hashim -----Senior KUSZA 1991 4.YBhg. Ustaz Mohd Nor Hamzah-----Senior KUSZA 1991 5.YBhg. Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah ------Junior MML 6.YBhg. Ustaz Ismi Mat Taib -------Senior Jordan 7.YBhg. Dr Mohd Fazli Hassan-----Sepupu ku

MASA TETAP PERGI DAN MENINGGALKAN KITA

Apabila sebut pasal masa....ramai daripada kita ditinggalkan masa termasuklah saya.....kerana banyak kerja yang perlu dibereskan maka blog tinggal bersendiria....mula sekali tangan sakit hampir seminggu.......pastru anak sakit dan akhirnya malaysia diistihar perang.Jadi Masa ini adalah waktu untuk kita berjihad.Ingatkah saudara dan saudari semua kita mesti keluar mengundi tapi yang mengecewakan kami khususnya di Kawasan sementa ialah calon PKR tak hadir.....Bagi saya inilah yang dinyatakan oleh rasulullah antara dosa besar ialah lari dari medan peperangan...................................Tapi demi keputusan pimpinan kami tetap kerja dan lawan tetap lawan di Kerusi parlimen dan juga dun khususnya Dun Mere...YDP PAS kapar Dr Abd Rani Osman dan Selat Kelang Dr Halimah Abdullah.........Dengan Doa Semoga Berjaya.........................

HARAM MAKKAH

HARAM MAKKAH
Ribuan manusian tagih rahman dan rahimNYA

MASA TERUS MENINGGALKAN KITA SEPANTAS KILAT DAN SETAJAM PEDANG

TAQWIM

Arkib Blog

Mengenai Saya

Foto saya
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hidup biarlah sederhana dan berpada-pada