Isnin, Februari 25

LABAN yang tidak pernah lupa dalam memori perjalan hidup

Sampai hari ini laban masih dalam ingatan ku.Masa sekolah menengah dulu ustaz disekolah bagitau susu namanya laban dan dalam benak kami negeri arab banyak kambing mesti labanya istimewa.Masa kami transit dirumah sahabat disuweileh,jordan..kami cuba memberanikan diri untuk ke Mini Market.Tak silap saya namanya Maaruf.Tentunya semua pelajar jordan terutamanya yang tinggal diseweileh kenal.Kami kesana dan nampak dalam kotak hijau putih tertulis laban.kami beli dan sampai rumah tengok pekat dan Masam.Mulalah kami rasa ditipu oleh arab.Jadi kami cuba masak dengan gula.Hasilnya pun masam jadi laban yang dimasak dengan gula tadi dibuang.Selepas itulah kami bertanya abang-abang senior mereka kata itu laban.kalau mahu minum susu namanya halib.Barulah kami tahu perbezaan laban dan halib.seingat saya sehingga hari ini masih ramai lagi guru-guru pakai istilah laban kepada susu.Memang susah untuk aku biasa dengan laban tetapi akhirnya setelah hampir 2 minggu disyria akhirnya suatu petang arab menghantar sedulang sapihah dengan sebaldi laban.Aku cuba labanya rasanya masam tapi sedap...mula hari itu laban mula aku suka.Sehingga sekarang jika makan direstauran arab laban pasti menjadi menu utama ku.Apatah lagi jika aku tiba di Makkah,Madinah dan juga dunia arab.Laban mesti aku teguk saban hari.

Tiada ulasan:

HARAM MAKKAH

HARAM MAKKAH
Ribuan manusian tagih rahman dan rahimNYA

MASA TERUS MENINGGALKAN KITA SEPANTAS KILAT DAN SETAJAM PEDANG

TAQWIM

Arkib Blog

Mengenai Saya

Foto saya
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hidup biarlah sederhana dan berpada-pada