Sabtu, Januari 26

Januari 2008

Masa begitu pantas meninggalkan kita.Cuma kita yang masih terumbang-ambing dengan angan-angan.Siapa pun kita mestilah ingat.....semua kita dari Allah dan kepadanya kita kembali.Rasa masih tidak terlalu jauh bagi kita untuk memulakan azam baru.Azam dengan penuh keyakinan InsyaAllah azam kita akan dapat tertunai.

Isnin, Januari 21

HAMBANYA TETAP LEMAH DAN KEPADANYA TEMPAT KITA KEMBALI

Jumaat 18 Januari aku terpaksa balik ke Kelantan Bersama adik beradikku kerana mendapat berita Saudara Lelaki ibu kami koma.Alhamdulilillah jam 1030 malam dari Pelabuhan klang dan kami sampai dengan selamatnya jam 7.30 pagi.Alhamdulillah sempat kami bersama-sama orang kampung membaca yasin untuknya.Walaupun begitu...makhluk tidak akan kekal dan kepadaNYa tempat kembali.Itulah ajalnya pada pagi ahad 1130 ruhnya selamat kembali kerahmatullah dan Alfatihah untuk Arwah Pak Nik.Apa yang perlu kepada kita ialah marilah kita mendoakan moga allah permudahkan perginya roh kita dan ditempat bersama Syuhadat........Apa pun Alfatihah untuk Kashim bin Seman.............Moga Allah menempatkan rohnya bersama orang yang salih

Jumaat, Januari 18

GuangZhou

Guangzhou.....memang terkenal dari dulu lagi,islam disana sudah 1400 tahun yang lalu,bagi saya jika kita kesana sekadar nak tour lebih baik ke Beijing sebab sini adalah Hub Business.Kalau nak niaga memang sini adalah tempatnya.Walaupun begitu bagi orang yang ingin melihat kebesaran Allah dapatlah juga lihak bagaimana kuatnya berusaha orang-orang cina.Dalam kesempatan ke sana ,kami juga berkesempatan menjamu selera di Warung Mee Tarik.Makanan dicina biasanya berasaskan kambing.Jadi rata-rata restoran ada banyak makanan berasaskan kambing.
Kalau nak niaga,tak larat kaki nak turun naik gedung-gedung yang besar dan dipenuhi dengan barangan untuk diborong.Kalau ke GuangZhou mesti tepat sasaran.Bahan apa yang kita mahu berniaga...sebab satu-satu benda ada 4-5 pasaraya.Kulit.....semuanya kulit......Kasut dan selipar semuanya kasut dan selipar.......................Barangan mesin pun terlalu banyak...........Makanan muslim banyak dan mudah...................

Khamis, Januari 17

GuangZhou,China

Depan restauran Kung Fu,Di Stesyen Keretapi guangzHou
24 Disember jam 12 tengahari keretapi laju yang kami naiki dari Kowloon telah tiba di GuangZhou.Disini kami terpaksa masuk bilik pemeriksaan khas kerana kami bawa zam-zam.Apabila kami bagitau ,kami adalah muslim dan dari saudi mereka tahu air itu ialah Zam-zam.Setelah sampai kami menunggu kawan yang akan menjadi pemandu pelancong dan kemudianya dari sini kami naik teksi ke Hotel yang biasa orang malaysia tinggal.Hari ini kami rehat dan menjamu selera disebuah restoran muslim berhampiran hotel dan setentang dengan masjid.

24 Disember

Dalam keretapi Ekspress dari Kowloon ke Guanghzou ,kami ditingkap atas kerusi no 1 &2
Alhamdulillah tepat jam 1030 pagi kami tiba di Lapangan terbang antarabangsa HK.Seperti kita semua maklum kecangihannya bagaikan di US atau Eropah.Disini sepertimana KLIA terpaksa naik Train untuk keterminal.Dari Lapangan terbang HK kami ke Kawloon dengan Airport Ekspress memakan masa 40 minit.Sungguh cantik sepanjang perjalanan dengan Port dan laut yang bersih dan ombak sekali sekala.Sesampainya di Kowloon terminal Bas perantara disediakan untuk ke Stesyen train dan mana2 tempat disekitar.Kami akan meneruskan perjalanan ke Guang Zhou dengan keretapi laju.

23 Disember 2007

9 Pagi setelah selesai semuanya kami telah bertelok ke maktab 115 untuk urusan paspot.Setelah menunggu hampir 40 minit kemudian paspot kami dibagi balik dan dihantar ke Stesyen bas untuk dihantar keJeddah.Pada petangnya jam 1830 kami akan berlepas dari Jedah ke Hong Kong kerana Kapal semuanya penuh ke Kl.Jadi tambang sama dengan tiket pergi balik KL - Jeddah,Jadi kami berhasrat untuk mengenali Hong Kong Dan Akhirnya Ke GuangZho.Kami sengaja keluar pagi takut-takut ada masaalah .Kami duduk di Airport selama 8 jam dan akhirnya menaiki Saudi Airline menuju ke Hong Kong melalui Riyadh.

Rabu, Januari 16

TAWAF WIDA'

Gambar Arab sedang gunting kiswah pada hari 8 zulhijjah untuk ditukar pada hari 9 Zulhijjah
Hari ini adalah hari terakhir kami dibumi Makkah.Pada hari ini kami mulai turun dari rumah ke Masjid haram pukul 3 pagi.Kami sudah tahu ribuan manusia sedang tawaf tetapi kami cuba juga untuk tawaf dibawah tetapi rezeki tidak menyebelahi kami,kami berpindah ke tingkat satu,juga tidak selesa,tingkat dua juga tidak selesa akhirnya biar jauh kami bertekad untuk tawaf dibumbung.Tawaf yang biasanya memakan masa cuma 20 minit dimusim umrah tapi kali dari jam 3.30 pagi kami mula dan selesai 5.40 waktu azan subuh.Letih,jauh tapi seronok.Jom rasailah keseronokan Di Makkah......................Jangan Lupa marilah kita penuhkan tekad dan niat untuk ke Makkah..............
Tawaf widah haji adalah wajib jika meninggalnya dengan sengaja wajib bayar dam.

SELESAI SUDAH IBADAH HAJI 1428H

Jalan sesak-sesesaknya ke Haram dan kami juga terperangkap sehinggalah waktu hampir maghrib.Setelah azan maghrib baru sampai di Terowong bersebelahan Ma'la.Tubuh begitu lesu dan baliknya dari mina pada hari ke 12 aku diserang batuk.Bermacam-macam ubat aku telah makan tetapi batuk tetap menguasai diriku.Ini adalah berpunca dari habuk yang terlalu banyak diMina.Maklumlah Khemah disediakan tetapi kerana berdegil dan mahu tinggal berhampiran dengan jumrah itulah balasanya.Tetapi baru seminggu batuk hilang.Bayangkan dari 22 disember sehingga 5 Januari.Tetapi apa pun yang kami terima kami tetap berazam 1429 insyaAllah akan kami rasai lagi kenikmatan Hajj.........Ayuh sahabat-sahabat jika anda masih tunggu giliran hajj..............hubungilah saya....saya akan membantu anda untuk dapatkan visa haji dengan passport merah...tahun lepas saya cuma dapat 21 keping visa hajj...................Jika anda ingin rasai dan nikmati keistimewaan haji ayuh....Bersama kami 1429 h.........Labaikallahumalabaik...Labaikala Syari Kalakala baik...Inalhamda...Wani'mata....Lakawalmul...Lasyarikalah

HARI TASYRIK

Iaitu hari 11,12 dan 13 Zulhijjah.Bagi Yang biasa dan memudahkah ibadah haji ramai juga hujaj yang berulang alik dari makkah ke Muzdalifah termasuklah kami.Setelah selesai rukun haji kami berusaha menyempurnakannya sebaik mungkin........hari ke 11 petang kami juga ke Mina untuk melontar hari ke 11 dan mabit untuk hari ke 12 serta melontar pada hari yang ke 12.Suasana agak tegang kerana sebilangan besar dari kaum keluarga berbangsa Arab melakukan nafar awal.Jadi waktu kemuncak pada hari Jumaat tersebut ialah setelah gelincirnya matahari.Hari sebelumnya dengan mudah kami melontar tapi pada hari tersebut perlu berjalan pusing kawasan masjid namirah dan pusing balik ke hujung jalan kerana jalan pintas ditutup untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.Walaupun begitu kami dapat sudah lontaran walaupun terpaksa berhimpit hampir 2 jam.Allah sahaja yang tahu.Dari Pagi cuma dapat makan sekeping roti dan secawan teh.....Kedai semua tutup nasib baik berhampiran masjid namirah ada bangla jual teh bolehlah rasa teh pagi itu.Kami terpaksa bersabar untuk makan sehinggalah jam 3 petang setelah selesai melontar.Dihujung jalah bersetentangan dengan Pasaraya Ben Daud ada Restoran Malaysia.Disinilah kami menikmati nasi.Walaupun selesai melontar apa yang berlaku ialah semua jalan mulai sesak sesesaknya menuju ke Haram Makkah.

GAMBAR SUASANA HAJI 2008

D 1.Gambar atas kiri.manusia dengan apa cara sekalipun menaiki kenderaan takut-takut terlepas hari wukuf. 2.Kanan atas,kami bermalam di mina.malam pertama 3.Suasa dekat dengan maulid nabi,selepas sembahyang asar.

10 Zulhijjah 19 DISEMBER

Alhamdulillah jam 1230 malam kami telah bergerak ke Mina untuk melontar Jumrah Aqabah.Pagi itu manusia belum lagi berebut-rebut dan alhamdulillah kami masuk ke jumrah dan melontar dengan senag sekali.Kemudian kami bertahlul.Saya seperti biasa jika tidak botak kepala semacam tidak sempurna tahlul..lantar berjalan ketempat cukur dengan harga SAR 15.Alhamdulullah semuanya selesai cuma tinggal tawaf dan Saei.Selesai sahaja bercukur kami terus pulang kerumah ....berihat sekejap,mandi dan pakai pakaian berjahit dan terus ke Kaabah untuk memulakan tawaf.Alhamdulillah kawasan kaabah masih kosong dan kami sempat tawaf dibawah bermula jam 3.30 pagi sudah tawaf dan saei tepat azan azan subuh.Alhamdulillah.Kebiasaannya sembahyang sunat aidiladha diadakan pukul 6.30 pagi tetapi pagi tersebut lewat.tubuh lesu,mata mengantuk jadi tak tahan lagi kami terpaksa balik kerana tubuh hampir tumbang.Sampai dirumah pun belum solah sunat lagi dan kami sedar waktu dah hampir zohor.

18 Disember 2007 HARI ARAFAH

Disini lah rukun waji bula dilaksankan.....jutaan manusia berkumpul disana....Kami suami isteri bertolak dari makkah sebelum zohor dan setengah jam sebelum zohor telah dipermudahkan Allah sampai disana.Kami cuma mencari tempat kosong dan alhamdulillah terdapat diantara khemah-khemah Arab.disinilah tempat yang paling mustajab berdoa.Para ulama menukilkan dimana-mana waktu sepanjang hari arafah doa dimustaja Allah.Oleh itu pergunakan hari arafah untuk berdoa.Kami disana sampai maghrib dan melakukan solah jama' taqdim.Sebelum masuk waktu asar sekumpulan saudara kita dari indonesia telah datang dan duduk bersama kami.Mereka menyewa sebuah kereta.Akhirnya untuk ke muzdalifah ,kami bersama mereka.Kami berada dalam kesesakan lalulintas selama sejam akhirnya kereta yang kami naiki telah dipermudahkan Allah untuk keluar dari Arafah.Hampir 2 jam selepas berada dalam kereta dan berada dalam kesesakan lalu lintas akhirnya kami sampai ke muzdalifah dan berada disana sampai pukul 12 malam.

HARI TARWIYAH

Pada hari ini ,17 disember para tetatu Allah telah mula menuju ke Mina untuk mengikuti sunah Rasulullah iaitu berkumpul dihari Tarwiyah....Kenderaan dan Bas bertali arus menuju kesana.Haji mula terasa bahangnya....Makkah mula ditinggalkan oleh Bakal-bakal haji semua.

Selasa, Januari 15

SUBUH YANG DINGIN

Seperti kebiasaannya di Musim-musim haji yang lepas.....jika kita mahu sembahyang dalam masjid semestinya satu jam setengah sebelum azan kita sudah berada didalamnya.Pada pagi tersebut kami sampai 40 minit hampir solah subuh.Walaupun begitu kami cuma dapat ke Bumbung Masjid Haram.Selesai solah kami tunggu solah Dhuha dan Pagi itu juga kami diberi kesempatan untuk berjumpa denga Nenek Saudara ku yang datang bersama anak lelakinya Ustaz Razali.Dalam perjalan untuk ke Pintu 64 aku terserempak dengan ustaz Piee,isteri serta emaknya.Alhamdulillah itulah kehendak Allah.Pagi itu aku telah membawa nenek saudaraku untuk sarapan pagi di Restoran Syam.Aku hidangkan mereka dengan roti Arab,Humus,falafil dan juga Spagetti.Dalam perjalanan ke Restauran yang terletak berdekatan Masjid Kucing,aku juga sempat dapatkan sedikit kuih yang dijual oleh orang Indonesia untuk nenek saudaraku kerana aku yakin beliau tak mampu makan roti arab.
Selepas itu,Allah telah memudahkan kami untuk terus ke Hotel Janadiriah,pejabat Operasi Tahung Haji untuk kami berjumpa dengan Bapa Saudaraku..Cikgu Zakaria dan Isterinya.

Haji Tammatuk

Kami suami isteri telah bertekad untuk melakukan Hajj Tammatuk.Untuk pengetrahuan Haji ada 3 jenis.1.haji Qiran 2,Haji Ifrad dan 3.Haji Tammatuk.Apabila kami buat haji tammatuk tidak ada tawaf Qudum dan apa yang wajib kami buat ialah umrah.hari ini alhamdulillah saya sempat bersembahyang Jumaat tapi jaraknya hampir 800 meter dari masjid.dan selepas makan tengahari kami suami isteri cuba untuk menyelesaikan umrah yang masih belum selesai.Alhamdulillah Allah telah Memudahkan urusan kami cuma memakan masa hampir 2 jam ,kami siap tawaf dan juga saei. Apa yang perlu bagi kita yang ingin kemudahan banyak-banyaklah berdoa moga Allah mempermudahkan urusan ibdah kita.

Menyambut Seruan Baginda Ibrahim

La Baika LLahumalabaik,La Baikala Syarikala Kala Baik Inalhamda Wani'mata Laka Wal Mulk La Syarikala....................Penantian yang tidak ada hujung pangkalnya berakhir dengan kami suami isteri dapat menyahut seruan dan Panggilan Baginda Ibrahim A.s.
13 Disember pukul 1515 petang dengan pesawat MH150.kami suami isteri berlepas ke Jeddah.Penerbangan Kami sungguh Istimewa kerana Bersama dalam penerbangan Kami ialah Tuanku Mizan Zainal Abidin,Yang Di Pertuan Agong.Tepat jam 1830 waktu Saudi kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Aziz dan 30 minit kemudian dibawa dengan Bas ke Terminal Hajj.
Diterminal Haji memakan masa hampir 2 jam barulah selesai Imigresin tetapi dugaan Allah yang pertama buat kami ialah Beg kami keluar di Terminal Biasa kerana petugas semasa Check in di KLIA tidak menampal Tag Hajj.
Disana terpaksa kami menunggu lagi sehinggalah hampir jam 1130 malam.Masa itulah kami,rombongan haji yang menggunakan passport antarabangsa bergegas mencari pejabat untuk mendaftar muasassah.Rupa-rupanya nun dihujun sana yang beroperasi disebuah meja usang.
Dugaan yang kedua ialah,kami terpaksa melepak disana sehinggalah jam 3 a.m kerana terpaksa menunggu BAS yang disediakan oleh muasasah.Hampir subuh barulah kami tiba dipejabat muasasah dan semua kerja selesai hampir pukul 9.00 AM iaitu hari Jumaat pertama kami di Makkah 14 Disember

MUKADIMAH

assalamualaikum Buat tatapan semua ikhwah dan akhawat,terlebih dahulu ucapan selamat berjumpa dan berkenalan untuk semua.Sambutlah salam ukhwah islamiyah fillah dari kami semuga kita ditautan sebagai sahabat siber.

HARAM MAKKAH

HARAM MAKKAH
Ribuan manusian tagih rahman dan rahimNYA

MASA TERUS MENINGGALKAN KITA SEPANTAS KILAT DAN SETAJAM PEDANG

TAQWIM

Arkib Blog

Mengenai Saya

Foto saya
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hidup biarlah sederhana dan berpada-pada