Isnin, Ogos 18

Rejab ,Syaabah dan Ramadhan

Ahlan Ya Ramadhan......ana tertarik dengan cadangan dan buan fikiran ayahanda Tg Nik Abd Aziz...supaya kita semua jangan lagi panggil bulan ramadhan sebagai bulan puasa tetapi panggilnya dengan Bulan Quran.kalau rejab tg Mb panggil bulan sembahyanh maka ramadham dipanggilnya bulan quran.Kalau dipanggil bulan puasa ,maka boleh dikatakan orang yang tak sembahyang pun puasa tetapi apabila dipanggil bulan quran bukan semua orang sembahyang membacanya setiap hari.apatah lagi kita di ajar supaya memperbanyakkan membacanya di bulan Ramadhan.Bukan setakat itu,pada bulan ramadhan atau bulan Quran inilah allah menurunkanya kelangit dunia dan kemudianya diturunkan sedikit demi sedikit kepada nabi Muhamad s.A.W.
apa pun sempena ramadhan nanti marilah kita berazam dan beriltizam untuk mengihya' ramadhan dengan mengkhatam al quran.

Khamis, Ogos 14

Ramadhan 1994

inilah pengalaman pertama saya,pahlawi dan buka mohsin ....mengharungi padang pasir selama 24 bersama-sama rombongan arab untuk ke Makkah.Ianya satu pengalaman yang akhirnya membuka minda dan jiwa untuk membuka travel bagi menguruskan pemergian umrah.
Allah yang maha tahu...bagaimana perjalanan yang memenatkan itu....tetapi yang mengembirakan kami ialah ramadhan tersebut dalam suasana yang tidak keterlaluan panasa dan dengan kesabaran terhadap karenah arab akhirnya kami sempat juga menjadi tetamu mu Ya Allah.Da inilah kali pertama kami berhariraya di Negeri Arab.Rezeki kami masa itu ialah berhariray bersama pelajar malaysia madinah....masa itu sahabat lama Dr Daud dari Uitm,sarawak Masih lagi di Madinah termasuklah helmi akhtar,Zul azhan abdul halim,nasir kemboja dan ramai lagi.Terima kasih teman semua yang banyak membantu kami semasa hariraya 1994.

SELAMAT BERMUKTAMAR

Assalamualaikum, Selamat datang kepada pewakilan dan pemerhati ke Muktamar PAS ke 54 di Negeri Perak Darul Ridzuan.Walaupun terasa sedih dan tempang kerana x dapat hadir ke Muktamar yang semestinya banyak perkara dan cetusan idea.Al Maklumlah kita baru menang besar dalam pilihanraya lalu. Apa yang kita harapkan ialah setiap resolusi yang dibuat ,,bukan sekadar tinggal resolusi tetapi ianya adalah agenda kita untuk menjadikan malaysia...baldatun warabun ghafur. Ayuh sahabat sekalian....marilah kita jadikan noktah muktar ke 54....sebagai suntikan semangat dan juga waktu memerah otak....kearah pembentukan negara islam....Allahu akbarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Selasa, Ogos 12

MELANGKAH BUAT KALI PERTAMA KE LUAR NEGARA

Dalam RJ setibanya di ALIA ,Amman,Jordan Masa ini macam-macam perasaan bermain dalam jiwa kami.Sedih,gembira dan x sabar untuk melihat dunia arab.Setelah kami sampai semuanya berjalan dengan baik.cuma menakutkan dibumi jordan masa itu ialah disetiap junction ada askar . Keduanya,almaklumlah walaupun kami dah 6 tahun belajar disekolah arab x tapi masih belum boleh bercakap dan masih takut-takut lagi sehingga mahu tanya peramugari dalam flight dimana toilet pun x pandai,apatah lagi nak meminta makanan. tahun 1989...masa tu...masih susah lagi untuk masuk syria jadi kami transit di rumah sahabat disuweileh dan yang banyak melayan kami ialah Ustaz Sabri ahmad zabidi,pensyarah di institut pendidikan islam,Bangi.Saya masih ingat salah seorang penghuninya ialah Dr Antonia sekarang ini pakar ekonomi di Indonesia. inilah permulaan perjalanan ku ke bumi Anbia........

Isnin, Ogos 11

Nostalgia bumi syam 1989

Assalamualaikum..... Biar pun waktu ini saya tidak sesibuk tahun-tahun sebelumnya tapi tangan masih berat untuk berkongsi dengan pembaca sekalian.apa pun waktu-waktu begini gamitan bumi anbia’ terus memanggil.Maklumlah kebiasaanya 3,4 kali setahun ke makkah dan jika ada kesempatan akan singgah di Syam.Memang kerinduan terhadap bumi syam tidak pernah luntur sebagaimana rindunya seorang hamba ke baitillahir Haram Makkah dan Madinah. Walaupun dipermulaan pengembaraan aku dulu..kerinduan terhadap bumi tumpah darah tak boleh dipadamkan tetapi setelah aku balik dan sampai di lapangan terbang antarabangsa Sultan Abdul aziz shah barulah aku tahu nilai kecintaan kepada bumi Syam.dari situlah bermulanya dendam dan hajat untuk kembali semula kesana.Walaupun masa itu sibuk dengan perang teluk tetapi darah muda memuak-muak untuk kembali ke Bumi Arab.dengan keazaman dan kesungguhan akhirnya 1994 aku sekali lagi dibenarkan oleh keluarga setelah mendapat diploma diKUSZA. Kedatangan kali ini dengan tekad dan azam untuk mengengam segulong ijazah sarjana muda.Aku kali ini dengan mudah dapat menyesuaikan diri dengan makanan dan suasana dibumi arab.Kami pada tahun 1994 adalah generasi ke 3 dibumi mu’tah. Pada masa ini sebahagian besar adalah pelajar yang seusia dengan aku.ada setengahnya datang dari mesir setelah beberapa tahun iadah madah disana dan sebahagianya teman-teman yang dulunya belajar di syria,yang akhirnya menyeberangi ke Jordan untuk meneruskan perjuangan. Waktu kami ke jordan adalah yang terbaik kerana kerajaan melalui MARA mula menaja pembelajaran disana.rata-rata pelajar malaysia masa itu mendapat pinjaman mara dan kami semua bersyukur kehadrat mu YA ALLAH. Mu’tah pada mulanya disebut bumi yang gersang .memangng pun gersang dan boleh dikatakan di kawasan mu’tah Cuma ada 1 publik phone dan tidak mempunyai teksi.Pengangkutan Cuma coaster dan Bas.ada semester pertama hampir setiap minggu aku akan bersembahyang jumaat di Rumah Class mate semasa di maahad muhammadi dulu....antaranya ustaz taufiq ismail bekerja sebagai pensyarah di UIA.Nik Abdullah nik Abdul Kadir pegawai bhg komputer di bhg Peperiksaan Malaysia dan Lokman Ismail guru di Penang.Lama kelamaan mu’tah menjadi tidak asing lagi dan keistimewaan medan peperangan mu’tah terus mengamit jiwaku.insyaAllah jika ada masa dan kelapangan April nanti akan aku jejakinya kembali

HARAM MAKKAH

HARAM MAKKAH
Ribuan manusian tagih rahman dan rahimNYA

MASA TERUS MENINGGALKAN KITA SEPANTAS KILAT DAN SETAJAM PEDANG

TAQWIM

Arkib Blog

Mengenai Saya

Foto saya
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hidup biarlah sederhana dan berpada-pada