Isnin, Ogos 11

Nostalgia bumi syam 1989

Assalamualaikum..... Biar pun waktu ini saya tidak sesibuk tahun-tahun sebelumnya tapi tangan masih berat untuk berkongsi dengan pembaca sekalian.apa pun waktu-waktu begini gamitan bumi anbia’ terus memanggil.Maklumlah kebiasaanya 3,4 kali setahun ke makkah dan jika ada kesempatan akan singgah di Syam.Memang kerinduan terhadap bumi syam tidak pernah luntur sebagaimana rindunya seorang hamba ke baitillahir Haram Makkah dan Madinah. Walaupun dipermulaan pengembaraan aku dulu..kerinduan terhadap bumi tumpah darah tak boleh dipadamkan tetapi setelah aku balik dan sampai di lapangan terbang antarabangsa Sultan Abdul aziz shah barulah aku tahu nilai kecintaan kepada bumi Syam.dari situlah bermulanya dendam dan hajat untuk kembali semula kesana.Walaupun masa itu sibuk dengan perang teluk tetapi darah muda memuak-muak untuk kembali ke Bumi Arab.dengan keazaman dan kesungguhan akhirnya 1994 aku sekali lagi dibenarkan oleh keluarga setelah mendapat diploma diKUSZA. Kedatangan kali ini dengan tekad dan azam untuk mengengam segulong ijazah sarjana muda.Aku kali ini dengan mudah dapat menyesuaikan diri dengan makanan dan suasana dibumi arab.Kami pada tahun 1994 adalah generasi ke 3 dibumi mu’tah. Pada masa ini sebahagian besar adalah pelajar yang seusia dengan aku.ada setengahnya datang dari mesir setelah beberapa tahun iadah madah disana dan sebahagianya teman-teman yang dulunya belajar di syria,yang akhirnya menyeberangi ke Jordan untuk meneruskan perjuangan. Waktu kami ke jordan adalah yang terbaik kerana kerajaan melalui MARA mula menaja pembelajaran disana.rata-rata pelajar malaysia masa itu mendapat pinjaman mara dan kami semua bersyukur kehadrat mu YA ALLAH. Mu’tah pada mulanya disebut bumi yang gersang .memangng pun gersang dan boleh dikatakan di kawasan mu’tah Cuma ada 1 publik phone dan tidak mempunyai teksi.Pengangkutan Cuma coaster dan Bas.ada semester pertama hampir setiap minggu aku akan bersembahyang jumaat di Rumah Class mate semasa di maahad muhammadi dulu....antaranya ustaz taufiq ismail bekerja sebagai pensyarah di UIA.Nik Abdullah nik Abdul Kadir pegawai bhg komputer di bhg Peperiksaan Malaysia dan Lokman Ismail guru di Penang.Lama kelamaan mu’tah menjadi tidak asing lagi dan keistimewaan medan peperangan mu’tah terus mengamit jiwaku.insyaAllah jika ada masa dan kelapangan April nanti akan aku jejakinya kembali

Tiada ulasan:

HARAM MAKKAH

HARAM MAKKAH
Ribuan manusian tagih rahman dan rahimNYA

MASA TERUS MENINGGALKAN KITA SEPANTAS KILAT DAN SETAJAM PEDANG

TAQWIM

Arkib Blog

Mengenai Saya

Foto saya
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hidup biarlah sederhana dan berpada-pada