Selasa, Januari 15

SUBUH YANG DINGIN

Seperti kebiasaannya di Musim-musim haji yang lepas.....jika kita mahu sembahyang dalam masjid semestinya satu jam setengah sebelum azan kita sudah berada didalamnya.Pada pagi tersebut kami sampai 40 minit hampir solah subuh.Walaupun begitu kami cuma dapat ke Bumbung Masjid Haram.Selesai solah kami tunggu solah Dhuha dan Pagi itu juga kami diberi kesempatan untuk berjumpa denga Nenek Saudara ku yang datang bersama anak lelakinya Ustaz Razali.Dalam perjalan untuk ke Pintu 64 aku terserempak dengan ustaz Piee,isteri serta emaknya.Alhamdulillah itulah kehendak Allah.Pagi itu aku telah membawa nenek saudaraku untuk sarapan pagi di Restoran Syam.Aku hidangkan mereka dengan roti Arab,Humus,falafil dan juga Spagetti.Dalam perjalanan ke Restauran yang terletak berdekatan Masjid Kucing,aku juga sempat dapatkan sedikit kuih yang dijual oleh orang Indonesia untuk nenek saudaraku kerana aku yakin beliau tak mampu makan roti arab.
Selepas itu,Allah telah memudahkan kami untuk terus ke Hotel Janadiriah,pejabat Operasi Tahung Haji untuk kami berjumpa dengan Bapa Saudaraku..Cikgu Zakaria dan Isterinya.

Tiada ulasan:

HARAM MAKKAH

HARAM MAKKAH
Ribuan manusian tagih rahman dan rahimNYA

MASA TERUS MENINGGALKAN KITA SEPANTAS KILAT DAN SETAJAM PEDANG

TAQWIM

Arkib Blog

Mengenai Saya

Foto saya
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hidup biarlah sederhana dan berpada-pada