Selasa, Januari 15

Menyambut Seruan Baginda Ibrahim

La Baika LLahumalabaik,La Baikala Syarikala Kala Baik Inalhamda Wani'mata Laka Wal Mulk La Syarikala....................Penantian yang tidak ada hujung pangkalnya berakhir dengan kami suami isteri dapat menyahut seruan dan Panggilan Baginda Ibrahim A.s.
13 Disember pukul 1515 petang dengan pesawat MH150.kami suami isteri berlepas ke Jeddah.Penerbangan Kami sungguh Istimewa kerana Bersama dalam penerbangan Kami ialah Tuanku Mizan Zainal Abidin,Yang Di Pertuan Agong.Tepat jam 1830 waktu Saudi kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Aziz dan 30 minit kemudian dibawa dengan Bas ke Terminal Hajj.
Diterminal Haji memakan masa hampir 2 jam barulah selesai Imigresin tetapi dugaan Allah yang pertama buat kami ialah Beg kami keluar di Terminal Biasa kerana petugas semasa Check in di KLIA tidak menampal Tag Hajj.
Disana terpaksa kami menunggu lagi sehinggalah hampir jam 1130 malam.Masa itulah kami,rombongan haji yang menggunakan passport antarabangsa bergegas mencari pejabat untuk mendaftar muasassah.Rupa-rupanya nun dihujun sana yang beroperasi disebuah meja usang.
Dugaan yang kedua ialah,kami terpaksa melepak disana sehinggalah jam 3 a.m kerana terpaksa menunggu BAS yang disediakan oleh muasasah.Hampir subuh barulah kami tiba dipejabat muasasah dan semua kerja selesai hampir pukul 9.00 AM iaitu hari Jumaat pertama kami di Makkah 14 Disember

Tiada ulasan:

HARAM MAKKAH

HARAM MAKKAH
Ribuan manusian tagih rahman dan rahimNYA

MASA TERUS MENINGGALKAN KITA SEPANTAS KILAT DAN SETAJAM PEDANG

TAQWIM

Arkib Blog

Mengenai Saya

Foto saya
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hidup biarlah sederhana dan berpada-pada