Rabu, Januari 16

HARI TASYRIK

Iaitu hari 11,12 dan 13 Zulhijjah.Bagi Yang biasa dan memudahkah ibadah haji ramai juga hujaj yang berulang alik dari makkah ke Muzdalifah termasuklah kami.Setelah selesai rukun haji kami berusaha menyempurnakannya sebaik mungkin........hari ke 11 petang kami juga ke Mina untuk melontar hari ke 11 dan mabit untuk hari ke 12 serta melontar pada hari yang ke 12.Suasana agak tegang kerana sebilangan besar dari kaum keluarga berbangsa Arab melakukan nafar awal.Jadi waktu kemuncak pada hari Jumaat tersebut ialah setelah gelincirnya matahari.Hari sebelumnya dengan mudah kami melontar tapi pada hari tersebut perlu berjalan pusing kawasan masjid namirah dan pusing balik ke hujung jalan kerana jalan pintas ditutup untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.Walaupun begitu kami dapat sudah lontaran walaupun terpaksa berhimpit hampir 2 jam.Allah sahaja yang tahu.Dari Pagi cuma dapat makan sekeping roti dan secawan teh.....Kedai semua tutup nasib baik berhampiran masjid namirah ada bangla jual teh bolehlah rasa teh pagi itu.Kami terpaksa bersabar untuk makan sehinggalah jam 3 petang setelah selesai melontar.Dihujung jalah bersetentangan dengan Pasaraya Ben Daud ada Restoran Malaysia.Disinilah kami menikmati nasi.Walaupun selesai melontar apa yang berlaku ialah semua jalan mulai sesak sesesaknya menuju ke Haram Makkah.

Tiada ulasan:

HARAM MAKKAH

HARAM MAKKAH
Ribuan manusian tagih rahman dan rahimNYA

MASA TERUS MENINGGALKAN KITA SEPANTAS KILAT DAN SETAJAM PEDANG

TAQWIM

Arkib Blog

Mengenai Saya

Foto saya
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hidup biarlah sederhana dan berpada-pada