Selasa, Januari 13

SYIAH DAN KELAHIRANNYA

Kelahiran Syiah. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba’ seorang Yahudi dari San’a’ Yaman yang berpura-pura memeluk Islam untuk melemahkan kekuatan Islam dari dalam setelah usaha mengalahkan Islam dari luar tidak pernah menemui kejayaan. Usaha tesebut bermula dengan gerakan menentang Khalifah Utsman bin Affan r.a. melalui percubaan menggugat perpaduan umat di setiap wilayah yang baru dikuasai Islam. Akhirnya hasil daripada usaha yang hebat dilancarkan itu, sahabat agung yang disunting oleh Rasulullah s.a.w. sebagai menantu kepada dua orang puteri kesayangan baginda, telah syahid di dalam rumahnya sendiri sehingga darah beliau membasahi mushaf al-Quran yang sedang dibacanya. Berkenaan dengan kedudukan dan kemuliaan beliau baginda s.a.w. pernah memberikan jaminan kepada beliau lantaran jasa dan sumbangannya yang agung melalui curahan harta benda beliau yang tak terhitung melalui sabda baginda;“Selepas hari ini tiada lagi amalan boleh merosakkan Uthman.”(Ahmad-Tirmidzi).Selepas tragedi hitam tersebut, pedang-pedang umat Islam tidak lagi terhunus ke arah musuh, sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri di medan perang saudara untuk sekian lama.Kewujudan Ibnu Saba’ walaupun cuba dinafikan, telah didedah serta diakui oleh golongan Syiah sendiri. At-Thusi sendiri misalnya, seorang tokoh ulama' mutaqaddimin Syi’ah, yang dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya tentang riwayat dan rijal menulis di dalam kitabnya yang dianggap sebagai kitab yang terpenting tentang Rijal Syi’ah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi’; Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba’ adalah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali a.s. Semasa beragama Yahudi dia berpendapat Yusya’ bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah s.a.w. sepeninggalan Baginda s.a.w. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali dan berlepas diri dari mereka bahkan mengkafirkan mereka. Dari sinilah orang yang menentang Syi’ah mengatakan punca ajaran Syi’ah dan Rafidhah ialah Agama Yahudi. (Rijal Kasyi Hal: 108)Di antara tokoh-tokoh Syi’ah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syi’ah” (hal: 43-44), al-Hulli dalam “Kitabul al-Rijal” (hal: 469), Mamaqami seorang tokoh ulama' muta’akhir Syi’ah tentang Rijal dalam kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal: 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju al-Maqal” (hal: 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Nahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal: 309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal: 184) dan lain-lain.Di kalangan tokoh-tokoh Ahli Sunnah pula yang menyebut tentang ajaran Ibnu Saba’ dan peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam “Maqalat al-Islamiyin” (Jilid 1 hal:50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam “al-Farqu Baina al-Firaq” (hal: 233-235), al-Isfiraini dalam “at-Tabsir fi ad-Din” (hal: 108-109), Syahrastani dalam “al-Milal wa an-Nihal” (Jilid 2 hal: 11), at-Tabari dalam “Tarikh al-Umam wa al-Muluk” (Jilid 5 hal 90), Ibnu Kathir dalam “al-Bidayah wa an-Nihayah” (Jilid 7 Hal: 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam “Lisan al-Mizan” (Jilid 3 hal: 289) dan lain-lain.Ajaran Syi’ah, jika diteliti dari segenap aspek, merupakan sebuah ajaran yang telah dirancang sebegitu rupa untuk mengambil alih atau dijadikan sebagai agama alternatif kepada agama Islam. Segala-galanya disusun dengan perencanaan rapi sehingga umat Islam yang pengetahuannya tidak begitu mendalam tentang Islam akan selesa meneguknya sebagai ajaran Islam yang sebenar.Di antara ajaran-ajaran Syiah dan implikasi penerimaannya ke dalam masyarakat Islam ialah; 1 Aqidah ajaran Syiah dan implikasinya: Ajaran Syi'ah Menggalakkan aqidah-aqidah Syirik yang jelas dengan;1) Mengangkat kedudukan dan kekuasaan para Imam menyamai keagungan Allah s.w.t.2)Menganggap sesetengah ilmu tersembunyi daripada pengetahuan Allah s.w.t. melalui Aqidah al-Bada’3) Mendakwa kandungan al-Qur'an yang berada di tangan umat Islam hari ini telah ditokok tambah melalui Aqidah Tahrif aL-Qur'an4) Melalui Aqidah Imamah dan Walayah mereka mempercayai bahawa Imam-Imam dua belas dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah Ma’sum serta wajib ditaati, 5) Berdasarkan aqidah Takfir Sahabat, mereka percaya bahawa kebanyakkan para sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi s.a.w. kecuali tiga atau empat orang sahaja daripada kalangan mereka.6)Dengan aqidah ar-Raj'ah pula, mereka percaya bahawa para Imam akan dibangkitkan semula ke dunia ini sebelum Qiamat kononnya untuk menuntut bela dan menghukum perampas hak-hak mereka 2 Syariat ajaran Syiah dan implikasinya:1) Meremehkan syariat Islam dengan menganggap bahawa pelaksanannya tidak penting asalkan seseorang sudah mempunyai perhubungan kasih sayang dengan para Imam.2) Mengadakan syariat-syariat baru dalam bentuk bid'ah yang melampau seperti syariat cintakan ahlulbait, menziarahi kubur para Imam, menangisi dan meratapi kematian mereka, mewajibkan khumus di atas nama Imam mereka yang ghaib, mengutamakan tanah Karbala berbanding tanah suci Mekah dan Madinah, menambah ucapan Syahadah dalam azan dan lain-lain lagi.3) Menggalakkan persundalan melalui syariat Mut'ah yang tidak memerlukan saksi, wali, pengisytiharan dan bayaran yang besar. Boleh dilakukan dengan sesiapa sahaja tanpa had masa dan bilangan pasangan, termasuk isteri orang, kanak-kanak bawah umur, perempuan Yahudi, Kristian, Majusi malah pelacur sekalipun sebanyak manapun yang dikehendakinya. Malah mereka juga mengharuskan menyewa dan mengahadiahkan farajdan membenarkan amalan sodomi. 3. Akhlak ajaran Syiah dan implikasinya.1) Menghina para Rasul dengan cara yang biadap dengan menganggap darjat para Imam mengatasi para rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.2) Menghina dan mencaci Isteri-Isteri Nabi s.a.w. selaku ibu-ibu sekelian orang-orang yang beriman.3) Menghina dan melaknat para sahabat yang agung 4)Menggalakkan amalan berbohong iaitu Taqiyyah atas nama agama.4 Implikasi ajaran Syiah kepada ummat.1) Memecahbelahkan perpaduan ummah dengan menyemai bibit-bibit kebencian terhadap Ahli Sunnah dengan menganggap mereka sebagai lebih kafir daripada iblis, anak zina, najis, lebih hina daripada anjing, halal harta mereka sementara sembelihan mereka tidak halal.2) Menggalakkan amalan-amalan Bid'ah, Khurafat dan Tahyul seperti menganggap Kufah adalah Tanah Haram, manakala Karbala adalah tanah suci3) Merayakan hari kebesaran orang-orang Majusi dan menganggap mandi pada hari itu adalah sunat. 4)Mengadakan upacara perkabungan pada tarikh sepuluh Muharram dengan melakukan bermacam-macam bid'ah, khurafat dan kekufuran.5)Menyemarakkan keganasan dan mengundang bencana kemanusiaan di kalangan umat dengan mengharuskan pembunuhan Ahlu Sunnah6)Menggambarkan Imam Mahdi sebagai manusia yang dahagakan darah 7)Memusnahkan Imej Islam dengan mengadakan upacara-upacara ritual yang ekstrim seperti yang diadakan pada Sepuluh Muharram yang tak ubah seperti upacara-upacara keugamaan Hindu pada hari Thaipusam, Taoisme, masyarakat primitif di pedalaman Afrika dan seumpamanya.8) Mengagung dan mendewa-dewakan pembunuh Saidina ‘Umar yang beragama Majusi iaitu Abu Lu’luah dengan menyambut hari pembunuhan tersebut dengan perayaan yang khusus. Mereka menggelarkan Abu Lu’luah dengan Baba Syuja’uddin sebagai menghargai keberaniannya. 5. Implikasi ajaran Syiah kepada negara.Mempelopori gerakan menentang ketua negara yang adil dan sah dengan mencetuskan keadaan panik, huru-hara dan rusuhan di dalam kerajaan hasil daripada fitnah yang dicetuskan seperti yang dilakukan kepada pemerintahan Khalifah Uthman r.a. oleh Gerakan Ibnu Saba'.1) Mencetuskan konflik dalaman sehingga mengheret kepada peperangan saudara seperti yang berlaku pada peperangan Jamal (yang pertama seumpamanya di dalam sejarah Islam), peperangan Siffin dan sebagainya.2) Merupakan gunting dalam lipatan yang memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan-kerajaan Islam yang lalu dengan menyokong dari belakang atau membuka jalan kepada musuh-musuh Islam untuk menyerang.3)Bertindak kejam kepada pejuang Ahlu Sunnah khususnya di kalangan ulama' mereka sekiranya mereka berkuasa atau memerintah negara4) Menafikan kewujudan sesebuah kerajaan Islam sebelum turunnya Imam Mahdi dengan menganggap bahawa sesebuah kerajaan Islam yang ditegakkan itu tidak sah walaupun penegaknya berada di atas jalan yang benar, menerusi teori `Walayatul Faqih’ yang merupakan kuasa ketuhanan dan mutlak sehingga boleh membatalkan mana-mana ketentuan Syariat.Kesimpulannya, apalah lagi yang tinggal pada aqidah, syariah dan nilai akhlak umat Islam seperti yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda yang mulia setelah ajaran Syi’ah yang sebegini rupa dianggap sebagai ajaran Islam?.Malangnya dalam menilai Syiah hari ini, kita sering meletakkan persoalan akidah yang wajib diletakkan paling utama berbanding persoalan yang lain, di belakang apa yang kita dakwakan sebagai perpaduan Islam, sedangkan melalui fakta-fakta di atas, ajaran Syiah telah terlencong amat jauh meninggalkan ajaran murni Islam malah dalam masa yang sama memusuhi serta ingin menghancurkan Islam. Ada juga di antara kita yang mendakwa mereka tetap dikira Islam kerana mengucap 2 kalimah syahadah, sedangkan jumlah syahadah Syiah bukannya 2, tetapi mereka menambahnya sehingga kepada 14, iaitu tambahan syahadah kepada 12 Imam mereka. Malah tambahan ini boleh didengari dengan jelas di dalam azan mereka apabila syahadah tersebut menjadi 3 setelah ditambah Ali r.a., bukannya 2. Ada juga yang mendakwa bahawa ajaran ini dibawakan oleh keturunan Rasulullah s.a.w., sedangkan para Imam yang terdiri daripada anak cucu Rasulullah s.a.w. yang diwar-warkan sebagai Imam ajaran mereka tidak terlibat sama sekali dengan ajaran-ajaran yang diperkenalkan di atas nama mereka itu. Malah para Imam itu sendiripun sebenarnya telah mengetahui sikap-sikap hipokrit golongan yang mendakwa sebagai Syi’ah atau pendokong setia mereka itu. Imam Jaafar as-Sadiq sendiri pernah mendedahkan sikap talam dua muka golongan Syi’ah dengan berkata; “Tidak ada satu pun ayat yang diturunkan oleh Allah tentang golongan munafiqin melainkan kandungan ayat itu pasti ada pada orang yang mendakwa Syi’ah.” (Rijal Kasyi, Hal: 299).Lebih menyedihkan lagi ada juga yang mengatakan Syiah sekarang ini (Imamiyyah Itsna Asyariayyah) yang dijadikan sebagai agama rasmi Republik Iran bukannya Syiah yang sesat. Jadi, berdasarkan fakta-fakta di atas adakah wujud suatu percanggahan di antara Syi’ah yang dipropagandakan tersebut, dengan Syi’ah yang digelar oleh ulama'-ulama' Islam dahulu sebagai Syi’ah Ghulat yang telah mereka hukumkan terkeluar dari Islam?. Dan jika mereka menggangap bahawa masih wujud golongan yang tidak sesat di dalam Syiah, ketahuilah bahawa Syiah tersebut yang dikenali sebagai Syiah Zaidiyyah yang turut digelar sebagai Syiah Mufaddholah atau Tafdhiliyyah sudah tidak wujud lagi di dalam dunia Islam. Ada juga di antara mereka yang mengungkit gerakan Taqrib yang diusahakan oleh al-Azhar sebagai justifikasi untuk tidak mudah menolak Syiah. Untuk mengetahui samada usaha penyatuan yang diperkenalkan melalui majlis at-Taqrib disambut dengan jujur oleh golongan Syiah dan adakah objektifnya dicapai, dengari keluhan-keluhan daripada ulama’-ulama’ Sunnah yang terlibat di dalam usaha Taqrib tersebut; 1. Dr. Muhammad Bahi, salah seorang pendukung gerakan “Dar Taqrib”, setelah menyedari ketidakjujuran Syiah dalam usaha tersebut, beliau mengatakan dalam bukunya Pemikiran Islam dan Masyarakat Modern hal 439, bahawa gerakan tersebut lebih ditujukan kepada menyerapkan kembali pemahaman Syiah tentang fiqh, ushul dan tafsir dan tidak menuju kepada apa yang diseru oleh al-Qur’an. 2. Syeikh Muhammad Arafah, salah satu anggota Majlis Ulama Besar di al-Azhar dan juga Syeikh Muhammad Thoha Sakit, keduanya meninggalkan Daar At Taqrib, setelah mengetahui bahwa tujuannya adalah untuk menyebarkan faham Syiah di kalangan sunni dan bukannya pendekatan. Hal ini disebutkan oleh pentahqiq buku Al Khutut Al Aridhoh. 3. Syeikh Ali Thonthowi dalam bukunya Dzikriyat 7/132, beliau menyebutkan bahawa ketika beliau mengunjungi Syeikh al-Qummi, ulama’ dari Iran yang ikut serta dalam Dar Taqrib, beliau melepaskan geramnya dengan memarahi al-Qummi yang pada hakikatnya telah berusaha menyebarkan mazhab Syiah, bukannya berusaha untuk mengadakan pendekatan. Ketika itu Syeikh Muhammad Arafah turut berada di situ dan telah berusaha meredakan suasana. 4. Muhammad Rasyid Ridho penulis Kitab Tafsir Al Manar, telah berusaha dengan saling mengutuskan surat dengan ulama’ Syiah, namun beliau hanya mendapati sikap keras kepala golongan tersebut untuk tetap berpegang dengan mazhab mereka, merendah-rendahkan para sahabat dan penjaga as-Sunnah dan berusaha menerangkan hakikat mazhab Syiah..... (majalah Al Manar jilid 31 hal 291) 5. Dr. Musthofa as-Sibai, beliau adalah salah seorang pemerhati usaha pendekatan antara Sunni dan Syiah yang juga menjawat jawatan seorang pensyarah di kuliah Fiqh Syiah, fakulti Syariah di Syria. Namun apa yang dapat beliau simpulkan hanyalah terpaksa berputus arang dengan ulama Syiah, pengalaman ini beliau ungkapkan dalam bukunya Sunnah Wakanatuha Fii Tasyri’il Islami hal 4. Beliau mendedahkan bahawa maksud dari pendekatan itu adalah mendekatkan Sunni kepada Syiah, hal 9. 6. Dr. Abdful Mun’im an Namir Mantan menteri Wakaf Mesir menyebutkan dalam bukunya “Syiah, Al Mahdi, Ad Duruz” tentang pertemuannya dengan Syeikh Syeikhri salah satu ulama’ Iran dan diskusi beliau bersamanya di Oman tahun 1988. Beliau menjelaskan bahwa orang Syiah diminta untuk berlepas diri dari tuduhan-tuduhan yang dilontarkan kepada mereka dan memperingatkan supaya menghentikan usaha mencetak kitab-kitab induk yang menyebarkan pemahaman ini. Malangnya permintaan beliau tidak mendapat sambutan. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci, cubalah baca tulisan Dr. Nashir Qifari yang bertajuk “Problematika Pendekatan Antara Sunni dan Syiah”. Dan untuk mengetahui bahawa adakah Sunnah dan Syiah boleh bersatu, bacalah tulisan Allamah Muhibuddin al-Khotib yang bertajuk, Mungkinkah Sunnah Dan Syiah Bersatu. Lagipun mengapa tidak kita temui usaha penerapan secara praktikal dan serius kepada pendekatan tersebut dianjurkan di Iran yang merupakan negara Syiah yang memiliki kuasa pemerintahan yang mutlak?. Lebih menghairankan lagi mengapa tidak dibenarkan sebuah masjid Sunnipun didirikan di ibu kota Tehran? Dan apakan alasannya kaum Sunni di Iran tidak diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti agamanya yang bertentangan dengan Syiah?. Lebih menyedihkan lagi, mengapa kaum Sunni tidak memperoleh hak politik yang sama dibandingkan dengan kaum Yahudi Iran yang lebih diberikan keistimewaan dan kedudukan di Parlimen. Sikap double standard sesetengah kita juga amat dikesali apabila sering mengangkat Iran dan Hizbullah sebagai hero yang amat berani menentang Amerika dan Israel. Sedangkan pada hakikatnya mereka hanya berkonfrontasi di pentas dunia, sedangkan yang dilanyak adalah umat Islam Sunni di bumi Afghanistan, Iraq dan Palestin. Malah golongan Syiah juga menjadi duri dalam daging dalam mengganggu kelahiran sebuah Negara Islam seperti di Afghanistan dan menangguk di air keruh apabila mengambil peluang daripada ketidakstabilan politik di Iraq dengan menyembelih ulama'-ulama' dan masyarakat awam Ahlu Sunnah. Dalam mengangkat Iran dan Hizbullah pula mereka seolah-olah lupa bahawa pejuang-pejuang sebenar yang dihantar sebagai Mujahidin di Afghanistan, Iraq, Palestin, Chechnya, Kosovo dan Kashmir adalah pejuang sunnah Ikhwanul Muslimin. Malah dalam kes Iraq pula dengan senangnya golongan Syiah yang diketuai oleh Ahmad Syalabi menjemput Amerika untuk melanda Iraq dengan dibantu oleh penduduk Syiah Iraq dengan membuka pintu Basrah yang bersempadanan dengan Iran dan mengalu-alukan kehadhiran tentera Amerika. Dan akhirnya dengan senang juga Amerika menghadiahkan Iraq kepada kerajaan Syiah yang diketuai oleh Nuri al-Maliki si Syiah yang disokong penuh oleh Iran dengan ikrar Tehran untuk berdiri teguh dibelakang kerajaan baru Iraq itu.

Tiada ulasan:

HARAM MAKKAH

HARAM MAKKAH
Ribuan manusian tagih rahman dan rahimNYA

MASA TERUS MENINGGALKAN KITA SEPANTAS KILAT DAN SETAJAM PEDANG

TAQWIM

Arkib Blog

Mengenai Saya

Foto saya
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hidup biarlah sederhana dan berpada-pada