Isnin, Januari 12

SYIAH ....satu renungan bersama

Syiah (شيعة Syi'a) ialah satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam. Penyelewengan ajaran Syiah boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu penyelewengan dari sudut akidah, syariah dan umum. Di antara penyelewengan dari sudut akidah ialah khalifah diwasiatkan secara nas, Imam adalah maksum, bersifat taqiyyah, penyanjungan yang terlalu tinggi terhadap Saidina Ali, mengkafirkan para sahabat Rasulullah, menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai 4 berhala Quraish serta pengikut- pengikut mereka adalah musuh Allah. [1]. Keterangan lanjut boleh didapatkan daripada buku Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah yang diterbitkan oleh JAKIM pada tahun 1996. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia mewartakan fahaman Syiah dikategorikan sebagai ajaran sesat pada 5 Mei 1996.

Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua belas atau Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Twelvers /(اثنا عشرية ināʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah Ismailiyyah, Zaidiyyah dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Druze juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syaih lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimid. Dua puluh peratus dari penduduk Turki adalah mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Siria pula mempunyai bilangan besar golongan Druze dan Alawi.

Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan KeturunanNya menjadi pemimpin umat Islam dan hendak lah bersatu di bawah Pemimpin.

Pergerakkan Hizbollah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua belas.

Di Malaysia,fahaman Syiah sering tersalah kerana sebahagian ulama menganggap Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba, ttp sebenarnya ia adalah kaum Ghulat yang menggunakan nama Imam ALI untuk mendapat kepercayaaan orang-orang Arab menentang Utsman. Pada ketika itu pusat pemerintahan Ahlul bait berada di Iraq.Maka Syiah ini dekenali sebagai Syiah Sabahiyyah yang telah difatwakan oleh Ulama Syiah Imamiyah sebagai ajaran sesat kerana telah memalukan mazhab Ahlul bait ini sehingga sekarang.

Mengikut pandangan Syiah

Pengertian syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:

Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".

Ketiga dan keempat adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".

Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAW lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi SAW bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".

Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW.

Yang dimaksudkan oleh kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah yang selain daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat kerana mendewakan Ali. Golongan Ghulat juga ditolak oleh ulama-ulama Syiah Imamiyyah sendiri.

Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah ghulat kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah Zahrah, pula menyatakan Syiah ghulat tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur'an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam.

Sila rujuk: Al Jam'iyah Al Khairiyah.

Aqidah

5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan atau Usūl al-Dīn bagi golongan Mazhab Syiah:

·         Tawhid - Bahwa Allah itu Satu

·         Nubuwwah - Bahwa Nabi dan Rasul yang ma'asum dilantik oleh Allah untuk mengajar and membimbing manusia. Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul terakhir.

·         Qiyamah - Bahwa Allah s.w.a. akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat

·         Adalah - Bahwa Allah s.w.a. itu Adil

·         Imamah - Bahwa Allah s.w.a melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat manusia, yakni sebagai Imam. Umat manusia sentiasa ada seorang Imam dan hanya seorang Imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa. Sesetengah Rasul adalah Imam dan juga Rasul. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul maupun seorang Nabi tetapi Imam.

Percanggahan dengan Sunni

Puak sunni kumpulan orang Islam yang yakin berpegang pada sunnah Rasul walaupun mazhab ini diasaskan secara lengkap setelah 200 tahun wafatnya Rasullah.Perbalahan antara Puak Sunni dan Syiah bermula setelah pemerintahan keturunan Umaiyyah telah mencuba sedaya upaya untuk mengelak jatuhnya kuasa politik pada tangan Ahlul bait lalu telah mereka mengambil jalan menghina dan mengfitnah keturunan Rasullah dan Pengikutnya setiap kali Khutbah solat jumaat.Maka sehingga hari ini,segala api fitnah yang diasaskan telah menjadi kenyataan sehingga ke hari ini.

kajian dan penyelidikan yang niuteral sedakan syeikh alhazhar, Syaikh Mahmud SyaltutDia telah mengeluarkan fatwanya yang disiarkan pada tahun 1959M, di majalah Risalatu l-Islam yang diterbitkan oleh Darul al-Taqrib baina l-Madhahib al-Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat di Kairo, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:

1. "Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu mazhab yang mana jua yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu , diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain - yang manapun juga - dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu....." Kemudian dia berkata lagi:"Sesungguhnya mazhab Ja'fariyyah yang dikenali dengan sebutan mazhab Syi'ah Imamiyyah Ithna Asy'ariyah adalah satu mazhab yang setiap orang boleh beribadah dengan berpegang kepada aturan-aturannya seperti juga mazhab-mazhab yang lain...." "Kaum Muslimin sayugia mengerti tentang hal ini, dan berusaha melepaskan diri dari kongkongan 'Asabiyyah (fanatik) dalam membela sesuatu mazhab tertentu tanpa berasaskan kebenaran...." 2. Dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang kukuh dan terang seperti matahari di waktu siang tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan bahawa mazhab Ahlu l-Bait AS adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh Syi'ah daripada para imam Ahlu l-Bait AS dan daripada datuk mereka Rasulullah S.A.W daripada Jibrail AS daripada Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan yang lain sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT. 3. Wahyu telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul l-Bait (isi rumah) lebih mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang lain. Lantaran itu orang yang berfikiran waras tidak akan meninggalkan dalil-dalil dari Ahlu l-Bait AS dengan mengambil dalil-dalil dari orang-orang asing (di luar rumah). 4. Banyak ayat-ayat al-Qur'an yang menyokong dakwaan akan menerangkannya kepada kalian nanti. 5. Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi S.A.W yang menunjukkan kebenaran Ahlu l-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi'ah. Sila lihat buku Syi'ah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu' (Syi'ah dan hujah mereka tentang Tasyayyu') dan juga buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah) khususnya dialog keempat. Ia akan memuaskan hati anda jika anda orang yang insaf. Jika tidak, keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda sendiri.

Perbezaan Sunni dengan Syiah

Antara perbezaan yang boleh dilihat adalah seperti berikut:

  • Khalifah diwasiatkan secara nas
  • Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah
  • Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasullah
  • Mencela beberapa sahabat yang hampir kafir
  • Menghalalkan nikah Muta'h(seperti nikah Misyar yang diamalkan mazhab Sunni)
  • Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab
  • Menolak Qias
  • Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah
  • Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan
Suntingan dari Wikipedia....

PENDIDIKAN ANAK-ANAK DALAM ISLAM

Pertamanya sebelum kita membelik buku ini marilah sama-sama kita mengenali umpunya diri penulis buku ini......Sebelum itu marilah kita baca al fatihan dan sedekahkan kepada al marhum moga penulisan dan bacaannya kita tentang buku ini...diredai serta diberkati Allah Al Fatihah....
Saya bercadang untuk meringkas kan fakta dalam kitab ini untukrujukan bersama....doalah moga mendapat kekuatan dan InsyaAllah ringkasan itu akan saya gunakan untuk mumulakan kelas-kelas di Masjid ....

DR ABDULLAH NASIH ULWAN...telah aku abadikan namamu pada anak ketigaku.....

Dr Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan pada tahun 1928 di Daerah Qadhi Askar yang terletak di Bandar Halb, Syria. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan akhlak Islam dalam pergaulan dan muamalat sesama manusia. Ayahnya, Syeikh Said Ulwan adalah seorang yang dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang disegani. Selain dari menyampaikan risalah Islam di seluruh pelusuk Madinah Halb, beliau juga menjadi tumpuan untuk mengubat pelbagai penyakit dengan ramuan akar kayu yang dibuat sendiri. Ketika merawat pesakit, lidahnya sentiasa membaca al Quran dan menyebut nama Allah. Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan semoga anak-anaknya lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu masyarakat. Allah memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Dr Abdullah Nasih Ulwan sebagai ulama (‘murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini.
Pendidikan
Dr Abdullah Nasih Ulwan mendapat pendidikan peringkat rendah (ibtidaei) di Bandar Halib. Setelah berusia 15 tahun, Syeikh Said Ulwan menghantar beliau ke Madrasah Agama untuk mempelajari ilmu agama dengan cara yang lebih luas. Ketika itu, beliau sudah menghafal al Quran dan sudah mampu menguasai ilmu bahasa arab dengan baik. Semasa di madrasah, beliau menerima asuhan dari guru-guru yang mursyid. Beliau sangat mengkagumi Syeikh Raghib al Tabhakh, seorang ulama hadis di Bandar Halb. Beliau sangat cemerlang dalam pelajaran dan sentiasa menjadi tumpuan rujukan rakan-rakan di madrasah, beliau juga seorang yang aktif dalam persatuan dengan berkebolehan berpidato dan mengetuai skuad penerbitan yang bertanggungjawab menerbitkan sebaran ilmiah kepada masyarakat sekitar.
Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat berani pada kebenaran serta mempunyai kemahiran dalam pergaulan dan dakwah. Semasa usia remaja beliau sudah terkesan dengan bacaan tulisan ulama-ulama sanjungan di waktu itu seperti Dr. Syeikh Mustafa al Sibaei.
Pada tahun 1949 beliau memperolehi sijil menengah agama yang melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di salah sebuah pusat pengajian di Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.
Dr Abdullah Nasih Ulwan memasuki Universiti al Azhar pada tahun berikutnya dan memperolehi ijazah pertama dalam Fakulti Usuluddin pada tahun 1952, seterusnya beliau memperolehi takhassus pendidikan dan tarbiah pada tahun 1954. Semasa berada di Mesir beliau banyak menghadiri Majlis perbincangan ulama-ulama dan mendekati gerakan Islam.
Dr Abdullah Nasih Ulwan memperolehi Ijazah Kedortoran dari Universiti al Sand Pakistan pada tahun 1982 dengan tesis yang bertajuk “feqh Dakwah wa al Daeiah”.
Perkhidmatan
Dr Abdullah Nasih Ulwan memulakan khidmat sepenuh masa sebagai pendakwah setelah pulang dari al Azhar. Beliau telah dilantik sebagai guru sebuah Kolej di Bandar Halb. Beliaulah orang yang pertama memperkenalkan mata pelajaran Tarbiah Islamiah sebagai matapelajaran asas dalam sukatan pembelajaran di Kolej berkenaan. Seterusnya matapelajaran Tarbiah Islamiah ini menjadi matapelajaran teras yang wajib diambil oleh penuntut-penuntut menengah di seluruh Syria. Beliau telah meletakkan matlamat perguruan sebagai senjata tarbiah yang sangat berkesan dalam mendidik generasi negara akan datang. Prinsip yang digunapakai ialah guru sebagai ibubapa kepada pelajar, mendidik mereka seperti mendidik anak-anak sendiri. Beliau telah meletakkan matlamat yang sangat tinggi dalam pendidikan, iaitu membawa dan membimbing pelajar ke arah mencintai Islam dan beramal dengannya serta sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangkan Islam.
Semasa menjadi guru di kolej berkenaan, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah menerima pelbagai jemputan menyampaikan kuliah dan syarahan di merata tempat, di samping menjadi pensyarah jemputan di beberapa buah Universiti di Syria. Tidak pernah mengenal penat dan letih untuk menyebarkan risalah Allah. Sepenuh masanya diberikan untuk dakwah Islamiah. Masjid-masjid di Daerah Halb sentiasa melimpah dengan orang ramai yang datang untuk mendengar kuliahnya, di mana sahaja beliau pergi menyampaikan ceramah dan kuliah pasti dibanjiri ribuan manusia. Masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahun dan tarbiah Islamiah akan menjadikan beliau sebagai tempat rujukan.
Dr Abdullah Nasih Ulwan turut berjuang menghapuskan fahaman jahiliyyah dalam pemikiran masyarakat dengan suluhan cahaya hidayah rabbani. Beliau telah menggunakan Masjid Umar bin Abd Aziz sebagai markaz tarbiah generasi pemuda di Syria. Kuliah yang disampaikan di masjid ini ialah Feqh, Tafsir dan Sirah. Di samping memberi kuliah pengajian, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah mendidik pemuda-pemuda dengan kemahiran pidato dan penulisan serta kemahiran uslub berdakwah.
Hasil daripada tarbiah ini, lahirlah ratusan generasi muda yang berakhlak mulia dan menjadi agen penggerak dakwah Islamiah di Syria.
Walaupun sibuk dengan tugas menyampaikan risalah Islam di merata tempat, Dr Abdullah Nasih Ulwan juga sangat dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai seorang yang berbudi luhur. Menjalinkan hubungan baik sesama anggota masyarakat dan sentiasa menjalankan khidmat masyarakat apabila diperlukan. Beliau juga mempunyai hubungan yang sangat erat dengan ulama-ulama Syria serta menganggotai Majlis Ulama Syria. Beliau sangat dihormati di kalangan mereka.
Beliau adalah seorang yang bergiat cergas dalam gerakan Islam, mengabdikan diri untuk dakwah dan ber gabung dengan lkhwanul Muslimin. Beliau berhubung erat dengan Asy-Syahid Abdul Qadir `Audah, Sayyid Qutb dan Al-Ustaz Abdul Badi' Shaqar (Rahimahumullah Jami'an).
Sesiapa sahaja yang menelusuri denai dakwah Islamiah pasti akan diuji oleh Allah, ujian untuk membuktikan kebenaran dakwah yang di bawa serta menambahkan keyakinan dan pergantungan yang utuh hanya kepada Allah. Allahlah yang berhak memberi nusrah kepada sesiapa yang dikehendaki. Dr Abdullah Nasih Ulwan juga menerima ujian ini, sehingga memaksa beliau meninggalkan Syria pada tahun 1979 menuju ke Jordan. Semasa di Jordan beliau terus menjalankan peranan sebagai daei. Menyampaikan kuliah dan syarahan di merata tempat. Menerima undangan di masjid-masjid, perayaan hari kebesaran Islam dan ceramah umum.
Beliau meninggalkan Jordan pada tahun 1980 setelah mendapat tawaran sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Malik Abd Aziz, Jeddah, Saudi. Beliau menjadi pensyarah di universiti berkenaan sehinggalah beliau bertemu dengan Allah (wafat).
Akhlak dan Peribadi
Dr Abdullah Nasih Ulwan disenangi oleh semua pihak kecuali mereka yang memusuhi Islam. Beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja.
Beliau adalah seorang yang sangat berani menyatakan kebenaran, tidak takut atau gentar kepada sesiapa pun dalam menyatakan kebenaran sekalipun kepada pemerintah. Beliau telah meletakkan amanah dalam dakwah adalah amalan yang wajib kepada umat Islam. Semasa di Syria, beliau telah menegur beberapa sistem yang diamalkan oleh pemerintah di waktu itu dan sentiasa menyeru supaya kembali kepada sistem islam, kerana Islam adalah penyelamat. Keadilan Islam adalah rahmat kepada ummah.
Keluhuran pekerti kesan didikan Islam yang meresap dalam jiwa beliau telah meletakkan beliau sangat disanjungi oleh ulama dan masyarakat. Rumahnya sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Sahabat karib beliau, Dr. Muhammad Walid menyatakan, Dr Abdullah Nasih Ulwan adalah seorang yang sangat peramah, murah untuk memberi senyuman kepada sesiapa sahaja, pertuturannya sangat mudah difahami, percakannya sentiasa disulami nasihat dan peringatan, beliau juga seorang yang tegas dengan prinsip asas Islam.
Dr Abdullah Nasih Ulwan juga seorang yang sangat benci kepada perpecahan dan munculnya berbilang-bilang jamaah dalam negara Islam. Menyeru kepada perpaduan dan kesatuan atas nama Islam untuk membina kekuatan umat Islam yang semakin pudar. Beliau berpendapat bahawa pepecahan umat Islam perlu dimuhasabah semula oleh setiap lapisan umat Islam. Apabila berbincang mengenai perpaduan dan kesatuan umat Islam, airmatanya pasti tumpah menandakan beliau adalah seorang yang sangat cintakan kesatuan umat Islam.
Dalam persahabatan, beliau menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa menziarahi teman-teman. Bertanyakan khabar serta mementingkan ikatan ukhuwwah Islamiah yang terjalin. Menghulurkan bantuan dan pertolongan sekalipun terpaksa bersusah payah untuknya.
Penulisan 
Dr Abdullah Nasih Ulwan sangat gemar kepada penulisan, kertas dan pena sentiasa bersama walau di mana beliau berada. Walaupun sibuk dengan kuliah, nadwah dan syarahan, beliau tetap memperuntukan masa untuk penulisan. Beliau telah menghasilkan hampir lima puluh buah kitab yang membincangkan pelbagai tajuk.
Di antara kitab karangan beliau yang masyhur ialah:
1. Pendidikan anak-anak di dalam Islam (2 jilid).
2. Hukum zakat menurut empat mazhab.
3. Madrasah Duat.
4. Takaful Ijtimaei dalam Islam.
5. Insurans Menurut pandangan Islam.
6. Pemuda Islam dalam menghadapi serangan musuh.
7. Menolak keraguan yang didatangkan musuh.
Beliau juga banyak menulis kitab mengenai tarbiah Islamiah, kitabnya yang berkaiatan dengan tarbiah Islamiah sangat menyentuh jiwa pembaca. Ini kerana tulisan yang terbit dari hati, insyaallah akan jatuh ke hati. Di antaranya ialah:
1. Kepada Pewaris Anbiya.
2. Thaqafah Daeiah.
3. Ruhaniah Daeiah.
4. Kisah Hidayah (2 jilid)
5. Sifat Jiwa dan diri Daei.
Beliau telah meninggalkan sebanyak 43 karangan untuk umat Islam.
Menerima Rawatan dan Tekun Menulis Dalam Keadaan Sakit
Setelah pulang dari menghadiri Nadwah di Pakistan, beliau telah mengadu sakit di bahagian dada kepada salah seorang doktor perubatan di Universiti Malik Abdul Aziz. Doktor telah mengesahkan beliau mengalami penyakit di bahagian hati dan paru-paru. Beliau dimasukkan ke Hospital untuk mendapat rawatan pakar. Beliau mendapat rawatan dalam masa yang agak lama di hospital ini. Beliau meminta izin untuk keluar dari hospital bagi menunaikan temu janji yang terpaksa dibatalkan semasa berada di hospital. Walaupun dalam keadaan sakit, tugas menyampaikan risalah Islam tetap diteruskan dengan bertenaga. Kesakitan pada paru-paru dan hati tidak menghalang beliau dari terus aktif menyampaikan kuliah di Universiti dan majlis-majlis nadwah dan seminar. Melupai kesakitan yang dialami demi islam tercinta.
Beliau dimasukkan kali kedua ke hospital yang sama setelah kesakitan yang dialaminya semakin kronik. Semasa dirawat di hospital beliau banyak menulis bahan ilmiah sebagai ganti memberi kuliah di luar di samping minat membaca kitab-kitab tetap diteruskan.
Pakar-pakar perubatan dan sahabat handai menasihati beliau supaya berhenti membaca dan menulis kerana ianya akan menjejaskan rawatan dan menambahkan kesakitan yang dialami, tetapi Dr Abdullah Nasih Ulwan hanya tersenyum dan berterima kasih atas keprihatinan mereka serta menyatakan, selagi tangan, mata dan nadinya masih berdenyut selagi itulah sumbangan kepada dakwah Islamiah wajib diteruskan. Selagi tangannya mampu memegang pena selagi itulah beliau akan terus menulis. Sehinggalah pada keadaan beliau tidak dapat bangun, beliau meletakkan bantal di atas perut untuk menulis dan membaca. Keadaan ini berterusan sehinggalah beliau bertemu Allah.
Wafatnya
Dr Abdullah Nasih Ulwan meninggal dunia pada hari Sabtu jam 9.30 pagi 5hb Muharram 1408 Hijrah bersamaan 29hb Ogos 1987 di Hospital Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah, Saudi dalam usia 59 tahun. Jenazahnya di bawa ke Masjidil Haram untuk disembahyang dan dikebumikan di Makkah. Solat jenazahnya dihadiri oleh ulama-ulama di seluruh pelusuk dunia. Pemergiannya diiringi oleh umat Islam seluruh dunia. Dunia kehilangan ulama murabbi yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam. Beliau telah menyerahkan jiwa raga untuk Islam dengan pengorbanan dan jihad yang sangat besar.
Walaupun beliau sudah pergi menemui Allah tetapi dakwahnya tetap berterusan melalui buku dan kitab yang dihasilkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala kesalahan yang dilakukan dan memberikan kekuatan kepada generasi yang memikul amanah dakwah Islamiah selepasnya. Amin.

MAAL HIJRAH

Alhamdulillah pertamanya saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis kembali.Apa yang saya harapkan semoga hijrah akan menghijrahkan saya khususnya semoga terus menulis .
Kekangan tidak dapat kita lari ,cuma kita mesti mencari penyelesaianya.Cuti pun telah berlalu,raya pun dah pergi..umur semakin lanjut malangnya amalan semakin berkurang.
Ingatkah kita semua...apa saja ilmu yang kita pelajari jika tidak disampaikan ianya akan mati dan tidak berkembang.InsyaAllah saya akan cuba sekerap mungkin untuk bersama anda. 
Hijrah tiba pada tahun ini dengan ancaman besar dari israel.Malanglah bagi kita yang tidak ada perasaan benci dengan Israel dan kekutunya.
Hidup ..hidup..hidup islam...mampus ..mampus ..mampus israel dan amerika......Allahu Akbar..Allahu akbar..Allahu akbar..........

Isnin, September 1

Jabal Rahmah

Inilah dia sebuah bukit yang terletak dipinggir kota Makkah ,di Arafah yang dikenali dengan jabal Rahmah.Dikatakan disinila bertemunya Baginda Adam dan Hawa setelah turun dari Syurga.

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana buat sekian kalinya aku dipanjangkan umur untuk sama-sama menyambut Ramadhan.Ramai rakyat Malaysia berpesta menunggu merdeka tetapi bagi ku tubuh terlalu letih tak teringat hari semalam malam kemerdekaan.Walaupun begitu aku tetap rindu pada Mu Ramadhan.InsyaAllah aku akan jadikan mu Ramadhan teman hidupku untuk aku hidupkan baki hari-hari yang mendatang dengan amal ibadah dan juga bacaan quran serta sembahyang terawih. Apa yang pasti bagi ku ialah merindui saat-saat berbuka di Masjidi Haram.Sudah 4 tahun aku tidak berkempatan untuk berpuasa diMakkah.Ya Allah bagilah kesempatan kepada ku untuk berpuasa di bawah bayangan Kaabahmu.Ya Allah.

Isnin, Ogos 18

Rejab ,Syaabah dan Ramadhan

Ahlan Ya Ramadhan......ana tertarik dengan cadangan dan buan fikiran ayahanda Tg Nik Abd Aziz...supaya kita semua jangan lagi panggil bulan ramadhan sebagai bulan puasa tetapi panggilnya dengan Bulan Quran.kalau rejab tg Mb panggil bulan sembahyanh maka ramadham dipanggilnya bulan quran.Kalau dipanggil bulan puasa ,maka boleh dikatakan orang yang tak sembahyang pun puasa tetapi apabila dipanggil bulan quran bukan semua orang sembahyang membacanya setiap hari.apatah lagi kita di ajar supaya memperbanyakkan membacanya di bulan Ramadhan.Bukan setakat itu,pada bulan ramadhan atau bulan Quran inilah allah menurunkanya kelangit dunia dan kemudianya diturunkan sedikit demi sedikit kepada nabi Muhamad s.A.W.
apa pun sempena ramadhan nanti marilah kita berazam dan beriltizam untuk mengihya' ramadhan dengan mengkhatam al quran.

Khamis, Ogos 14

Ramadhan 1994

inilah pengalaman pertama saya,pahlawi dan buka mohsin ....mengharungi padang pasir selama 24 bersama-sama rombongan arab untuk ke Makkah.Ianya satu pengalaman yang akhirnya membuka minda dan jiwa untuk membuka travel bagi menguruskan pemergian umrah.
Allah yang maha tahu...bagaimana perjalanan yang memenatkan itu....tetapi yang mengembirakan kami ialah ramadhan tersebut dalam suasana yang tidak keterlaluan panasa dan dengan kesabaran terhadap karenah arab akhirnya kami sempat juga menjadi tetamu mu Ya Allah.Da inilah kali pertama kami berhariraya di Negeri Arab.Rezeki kami masa itu ialah berhariray bersama pelajar malaysia madinah....masa itu sahabat lama Dr Daud dari Uitm,sarawak Masih lagi di Madinah termasuklah helmi akhtar,Zul azhan abdul halim,nasir kemboja dan ramai lagi.Terima kasih teman semua yang banyak membantu kami semasa hariraya 1994.

SELAMAT BERMUKTAMAR

Assalamualaikum, Selamat datang kepada pewakilan dan pemerhati ke Muktamar PAS ke 54 di Negeri Perak Darul Ridzuan.Walaupun terasa sedih dan tempang kerana x dapat hadir ke Muktamar yang semestinya banyak perkara dan cetusan idea.Al Maklumlah kita baru menang besar dalam pilihanraya lalu. Apa yang kita harapkan ialah setiap resolusi yang dibuat ,,bukan sekadar tinggal resolusi tetapi ianya adalah agenda kita untuk menjadikan malaysia...baldatun warabun ghafur. Ayuh sahabat sekalian....marilah kita jadikan noktah muktar ke 54....sebagai suntikan semangat dan juga waktu memerah otak....kearah pembentukan negara islam....Allahu akbarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Selasa, Ogos 12

MELANGKAH BUAT KALI PERTAMA KE LUAR NEGARA

Dalam RJ setibanya di ALIA ,Amman,Jordan Masa ini macam-macam perasaan bermain dalam jiwa kami.Sedih,gembira dan x sabar untuk melihat dunia arab.Setelah kami sampai semuanya berjalan dengan baik.cuma menakutkan dibumi jordan masa itu ialah disetiap junction ada askar . Keduanya,almaklumlah walaupun kami dah 6 tahun belajar disekolah arab x tapi masih belum boleh bercakap dan masih takut-takut lagi sehingga mahu tanya peramugari dalam flight dimana toilet pun x pandai,apatah lagi nak meminta makanan. tahun 1989...masa tu...masih susah lagi untuk masuk syria jadi kami transit di rumah sahabat disuweileh dan yang banyak melayan kami ialah Ustaz Sabri ahmad zabidi,pensyarah di institut pendidikan islam,Bangi.Saya masih ingat salah seorang penghuninya ialah Dr Antonia sekarang ini pakar ekonomi di Indonesia. inilah permulaan perjalanan ku ke bumi Anbia........

Isnin, Ogos 11

Nostalgia bumi syam 1989

Assalamualaikum..... Biar pun waktu ini saya tidak sesibuk tahun-tahun sebelumnya tapi tangan masih berat untuk berkongsi dengan pembaca sekalian.apa pun waktu-waktu begini gamitan bumi anbia’ terus memanggil.Maklumlah kebiasaanya 3,4 kali setahun ke makkah dan jika ada kesempatan akan singgah di Syam.Memang kerinduan terhadap bumi syam tidak pernah luntur sebagaimana rindunya seorang hamba ke baitillahir Haram Makkah dan Madinah. Walaupun dipermulaan pengembaraan aku dulu..kerinduan terhadap bumi tumpah darah tak boleh dipadamkan tetapi setelah aku balik dan sampai di lapangan terbang antarabangsa Sultan Abdul aziz shah barulah aku tahu nilai kecintaan kepada bumi Syam.dari situlah bermulanya dendam dan hajat untuk kembali semula kesana.Walaupun masa itu sibuk dengan perang teluk tetapi darah muda memuak-muak untuk kembali ke Bumi Arab.dengan keazaman dan kesungguhan akhirnya 1994 aku sekali lagi dibenarkan oleh keluarga setelah mendapat diploma diKUSZA. Kedatangan kali ini dengan tekad dan azam untuk mengengam segulong ijazah sarjana muda.Aku kali ini dengan mudah dapat menyesuaikan diri dengan makanan dan suasana dibumi arab.Kami pada tahun 1994 adalah generasi ke 3 dibumi mu’tah. Pada masa ini sebahagian besar adalah pelajar yang seusia dengan aku.ada setengahnya datang dari mesir setelah beberapa tahun iadah madah disana dan sebahagianya teman-teman yang dulunya belajar di syria,yang akhirnya menyeberangi ke Jordan untuk meneruskan perjuangan. Waktu kami ke jordan adalah yang terbaik kerana kerajaan melalui MARA mula menaja pembelajaran disana.rata-rata pelajar malaysia masa itu mendapat pinjaman mara dan kami semua bersyukur kehadrat mu YA ALLAH. Mu’tah pada mulanya disebut bumi yang gersang .memangng pun gersang dan boleh dikatakan di kawasan mu’tah Cuma ada 1 publik phone dan tidak mempunyai teksi.Pengangkutan Cuma coaster dan Bas.ada semester pertama hampir setiap minggu aku akan bersembahyang jumaat di Rumah Class mate semasa di maahad muhammadi dulu....antaranya ustaz taufiq ismail bekerja sebagai pensyarah di UIA.Nik Abdullah nik Abdul Kadir pegawai bhg komputer di bhg Peperiksaan Malaysia dan Lokman Ismail guru di Penang.Lama kelamaan mu’tah menjadi tidak asing lagi dan keistimewaan medan peperangan mu’tah terus mengamit jiwaku.insyaAllah jika ada masa dan kelapangan April nanti akan aku jejakinya kembali

Khamis, Julai 17

Dr Mohamed Fadzli Hassan

Nama ini sudah tidak asing lagi dalam dunia politik malaysia khususnya kelantan.Walaupun pertama kali dipilih untuk bertanding dan menang serta akhirnya dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan.Aku gembira kerana sepupu aku jadi orang besar.Tapi aku terpaksa melakukan banyak kerja kerana pemandu ku diambil olehnya.Walaupun begitu itulah erti pengorbanan.Berkorban .......akan rasai kemanisan kehidupan...............Apa yang berlaku hendaklah kita rida meridai antara kita.Syabas dan tahniah aku ucapkan kepada My Brother.Teruskanlah perjuangan Mu.Allah akan sentiasa tolong kita.

Yakinlah dengan kelebihan surah AL WAQIAH

Dalam kegawatan ekonomi yang terus melanda dunia,semua orang resah.Dimana sahaja diperbincangkan masaalah minyak,barang naik dll.Begitu juga industri pelancungan.Sangat dirasai kemuramannya.Walaupun begitu.....aku juga suram dan muram kerana perniagaan tidak serancak bulan Mei lalu.Setelah dilema dan termenung,Maka aku cuba untuk mulai membaca Surat Waqiah ternyata ianya memberi kesan kepada aku.aku terfikir juga macam mana nak jual seat untuk sebulan ramadhan....tanya sana tak nak,,tanya sini mahal jadi bagaikan putus pergantungan.Tetapi setelah aku ingat balik kata-kata ustaz dlm radio.Amalan membaca Surat Waqiah .....akan menambah rezeki....maka aku cuba ..ternyata ianya memberi sinar baru bagiku.dan InsyaAllah ianya akan jadi amalan ku.....serta sembahyang Dhuha.Yang pentingnya Ya Allah jadilah aku istiqamah membacanya.........................Aku tahu rezeki dari mu tapi....kerajinan membacanya mempercepatkan lagi rezeki turunnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.Ha Za Min Fadli Rabiiiiiiiiiiiiiii......................

Rabu, Julai 9

BAHANA LUPA AKHIRAT

Akhir-akhir ini terlalu banyak berita yang sensasi dan dibuat dengan perkiraan otak manusia yang sejengkal.Wahai umat islam dan warga malaysia semua ingatkah kita dari mana kita datang?Apakah tugas yang kita perlu selesaikan dan manakah destinasi akhir kita?Kerana kita lupa semua ini maka terjadilahlah kes perebutan kuasa,fitnah memfitnah dan adu domba.Rasuah?Kenapa berleluasan ini tak lain dan tak bukan kerana ingat hidup cuma didunia dan lupa akhirat.Kenapa berlaku perebutan kuasa?Ini semua kerana kita lihat hanya dengan kuasa kita akan mampu lakukan semuanya?Tapi ingatkah kita ,Walaupum sekuat mana kita,Besar mana kuasa kita tapi akhirnya kita akan matiiiiiiiiiiiiiiiii.............................Oleh itu marilah kita isi hati kita dengan ingatkan mati.Mati pasti datang dan ianya berlaku.

Sabtu, Jun 14

Masa tetap tak cukup

Terlalu lama rasanya saya tak kemaskini blog ini...kerana musim umrah bermula.Sekarang ini semua sudah selesai jadi saya akan mula kembali mengisi masa-masa yang ada dengan blog.Bermacam-macam perkara yang sudah mula dirasai oleh penduduk malaysia khususnya kenaikan harga minyak.Memang,kalau sekali fikir menyusahkan kita semua tapi jika kita amati ianya adalah kelas yang akan mendidik kita berjimat cermat.Sebelum ianya menjadi terlalu parah marilah kita jadikan Surah Al asr dan Surah Surah yusuf sebagai sandaran dan rujukan kita. Al Asr....mengajar kita guna masa...dan Yusuf pula mengajar kita berjimat cermat sevagaimana mimpi yang ditadbirkan oleh yusuf.

Sabtu, Mac 1

13 FEB TARIKH KERAMAT INSYA'ALLAH

Seperti yang di telah akhirnya terbelah.1130 13 feb telah sah parlimen dibubarkan. Sana sini termasuklah diKawasan kami...Meru .Rata-rata kebangkitan kaum india dan tioghua memberi semangat kepada petugas-petugas gerakan islam untuk bekerja.Kalau bangsa lain sanggup bantu kita ..bila lagi untuk kita bina kekuatan.InsyaAllah 8 Mac jadi bukti keagongan islam..............Allahu Akbarrrrrrrrrrrrrrrrr

Isnin, Februari 25

LABAN yang tidak pernah lupa dalam memori perjalan hidup

Sampai hari ini laban masih dalam ingatan ku.Masa sekolah menengah dulu ustaz disekolah bagitau susu namanya laban dan dalam benak kami negeri arab banyak kambing mesti labanya istimewa.Masa kami transit dirumah sahabat disuweileh,jordan..kami cuba memberanikan diri untuk ke Mini Market.Tak silap saya namanya Maaruf.Tentunya semua pelajar jordan terutamanya yang tinggal diseweileh kenal.Kami kesana dan nampak dalam kotak hijau putih tertulis laban.kami beli dan sampai rumah tengok pekat dan Masam.Mulalah kami rasa ditipu oleh arab.Jadi kami cuba masak dengan gula.Hasilnya pun masam jadi laban yang dimasak dengan gula tadi dibuang.Selepas itulah kami bertanya abang-abang senior mereka kata itu laban.kalau mahu minum susu namanya halib.Barulah kami tahu perbezaan laban dan halib.seingat saya sehingga hari ini masih ramai lagi guru-guru pakai istilah laban kepada susu.Memang susah untuk aku biasa dengan laban tetapi akhirnya setelah hampir 2 minggu disyria akhirnya suatu petang arab menghantar sedulang sapihah dengan sebaldi laban.Aku cuba labanya rasanya masam tapi sedap...mula hari itu laban mula aku suka.Sehingga sekarang jika makan direstauran arab laban pasti menjadi menu utama ku.Apatah lagi jika aku tiba di Makkah,Madinah dan juga dunia arab.Laban mesti aku teguk saban hari.

Mengenal erti hidup

Biasalah kita semua mempunyai ayah dan ibu.Jarang sekali berpisah dengan mereka.Tetapi demi semangat juang dan membina diri diketika usia 19 tahun saya telah diberi peluang untuk ke Dunia Asia Barat dengan azam dan tekad menimba ilmu.Sebelum pergi jiwa berkobar-kobar tapi bila berjauhan kerinduan dengan negara menjadi satu ingatan dan igauan.Destinasi pertama untuk ku cedok ilmu ialah syria.Tak silap saya 15 ogos 1989.Tarikh akan saya bagi yang tepatnya.Dalam perjalanan itu kami transit diAmman 6 hari kerana menunggu visa dan akhirnya kami selamat masuk ke Sempadan Syria dengan menaiki 3 buah teksi kuning antik.....

TAHNIAH UNTUK KAWAN-KAWAN YANG DICALONKAN

DR MOHD FADZLI DATO HASSAN
CALON TEMANGAN,KELANTAN
(Bekas Pensyarah UIAM)
Riduan Hashim
Calon PAS
1.YBhg. Ustaz Nasaruddin Mat Isa ----Senior Semasa Dijordan
2.YBhg. Ustaz Nasaruddi Hassan Tantawi -----Junior semasa DiSyria 1989. 3.Ybhg. Ustaz Riduan Hashim -----Senior KUSZA 1991 4.YBhg. Ustaz Mohd Nor Hamzah-----Senior KUSZA 1991 5.YBhg. Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah ------Junior MML 6.YBhg. Ustaz Ismi Mat Taib -------Senior Jordan 7.YBhg. Dr Mohd Fazli Hassan-----Sepupu ku

MASA TETAP PERGI DAN MENINGGALKAN KITA

Apabila sebut pasal masa....ramai daripada kita ditinggalkan masa termasuklah saya.....kerana banyak kerja yang perlu dibereskan maka blog tinggal bersendiria....mula sekali tangan sakit hampir seminggu.......pastru anak sakit dan akhirnya malaysia diistihar perang.Jadi Masa ini adalah waktu untuk kita berjihad.Ingatkah saudara dan saudari semua kita mesti keluar mengundi tapi yang mengecewakan kami khususnya di Kawasan sementa ialah calon PKR tak hadir.....Bagi saya inilah yang dinyatakan oleh rasulullah antara dosa besar ialah lari dari medan peperangan...................................Tapi demi keputusan pimpinan kami tetap kerja dan lawan tetap lawan di Kerusi parlimen dan juga dun khususnya Dun Mere...YDP PAS kapar Dr Abd Rani Osman dan Selat Kelang Dr Halimah Abdullah.........Dengan Doa Semoga Berjaya.........................

HARAM MAKKAH

HARAM MAKKAH
Ribuan manusian tagih rahman dan rahimNYA

MASA TERUS MENINGGALKAN KITA SEPANTAS KILAT DAN SETAJAM PEDANG

TAQWIM

Arkib Blog

Mengenai Saya

Foto saya
Port Klang, Selangor, Malaysia
Hidup biarlah sederhana dan berpada-pada